Antara Bekam Dan Urut, Yang Mana Yang Lebih Baik?

Bekam ada banyak jenis, urut juga ada banyak jenis, untuk topik kali ini saya membuat perbandingan bekam darah dan urutan tradisional, untuk memudahkan membaca saya buat table terus

 

BEKAM URUT
KELEBIHAN Bekam mengeluarkan darah kotor dalam badan, selain itu ia juga melonggarkan otot-otot yang tegang di badan kita.

Bagi penyakit yang melibatkan darah, mereka sangat sesuai untuk berbekam seperti masalah jerawat, masalah bisul, masalah gout dll

Urut juga melonggarkan otot badan kita yang tegang dan lenguh
TEMPAT RAWATAN Bekam memerlukan tempat yang bersih kerana ia melibatkan darah Urut boleh di lakukan di mana-mana, kaki lime pun boleh
KEKERAPAN Di sebabkan rawatan bekam adalah dengan cara cucuk jarum/pisau di badan, ia akan meninggalkan kesan luka, oleh itu tempoh rawatan bekam tidak boleh di buat selalu.

Paling kerap 2 minggu atau sebulan/sekali kerana kita perlu membiarkan luka tersebut sembuh sepenuhnya
Tapi kalau waktu pagi bekam badan, petang pula nak bekam kaki, itu tiada masalah

Tiada minimum masa, minimum 3 hari boleh urut sebab lepas urut, ia akan membuatkan urat kita sedikit bengkas, berikan sedikit masa untuk urat tersebut recover
KESAN LEPAS BEKAM Selepas bekam badan akan rasa segar walaupun sebelum bekam badan kita rasa lesu, sebab bekam telah melonggarkan otot badan, membuang darah kotor dan toksin. Ada sesetengah orang akan rasa mengantuk dan letih mungkin disebabkan faktor tidak biasa dengan bekam Kesan urut juga sama seperti bekam, badan akan rasa selesa dan segar
HARGA Setiap tempat berbeza harganya, yang pasti harga bekam lebih mahal daripada urut Urut lebih murah berbanding bekam

 

Sebagai perawat bekam, saya lebih suka kita mencuba rawatan-rawatan ini, dengan mencuba kita sendiri boleh rasai perbezaan setiap rawatan. setiap tubuh manusia berbeza kekuatan, lifestyle, pemakanan dll, ada orang yang sesuai dengan urut ada yang sesuai dengan bekam, tiada satu jawapan untuk semua. Semoga info ini berguna kepada anda, SHARE kepada kawan-kawan anda jika info ni membantu anda

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.