Tarikh Sunnah Berbekam 2020

Kelebihan Berbekam di Hari Sunnah

  • Berbekam adalah salah satu sunnah terbesar rasululullah saw, masakan tidak, kerana sering kali Rasulullah menyatakan secara spesifik tentang berbekam sebagai salah satu rawatan yang baik
  • Baginda juga menyatakan tentang kelebihan berbekam berbanding rawatan yang lain

Hadith Berbekam:

  1. Daripada Ibnu Mas’ud r.a. sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesungguhnya aku telah melalui sekumpulan malaikat pada malam aku diisra’ oleh Allah SWT dan mereka telah berkata Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam”. (HR Imam Tirmizi dan Imam Baihaqi)
  2. Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Jika pada sesuatu yang kalian pergunakan untuk berubat itu terdapat kebaikan, maka hal itu adalah bekam (hijamah)”. (HR Imam Ibnu Majah dan Imam Abu Dawud)
  3. Dari Abi Raja’, dari Samurah r.a. berkata bahawa Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik pengubatan yang manusia lakukan adalah dengan Hijamah (berbekam). (Riwayat Imam At Thabrani)
  4. Dari Jabir Al-Muqni berkata : “Aku tidak akan merasa sihat sehingga berbekam, kerana sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya pada bekam itu terdapat kesembuhan”
  5. Dari Anas bin Malik r.a., ditanya mengenai Hijamah, beliau berkata : bahawa Sesungguhnya Rasulullah SAW berbekam/hijamah dan memerintahkan keluarga beliau dan Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik pengubatan yang kalian (lakukan adalah dengan Hijamah (berbekam). (Riwayat Imam Muslim)

 

Tarikh Sunnah Berbekam Setiap Bulan

  • Dalam hadith yang lain pula, ada hadith spesifik menyatakan tentang tarikh yang afdal untuk berbekam

Hadith Berbekam:

Dari Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda: “Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.” (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Kalendar Islam VS Kalendar Masihi

  • Bilangan hari pada kalendar masihi lebih banyak dari kalendar islam, oleh itu, hari sunnah pada kalendar akan sentiasa berubah tiap bulan.
  • Untuk memudahkan anda faham, saya telah membuat jadual tarikh sunnah bekam mengikut pada bulan masihi untuk tahun 2020 (Lihat gambar di bawah) 
  • Anda juga boleh semak tarikh tersebut di website ini
    ➡️  Tukar Tarikh Masihi Kepada Hijrah
Tarikh sunnah bekam 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published.