Nak Kenal Pusat Rawatan Aydeen Bekam?

Tulisan ini Sangat Panjang tapi Berbaloi untuk di baca

Jika Anda Ingin Terus Dapatkan Harga & No Telefon

Anda Boleh Terus SKIP Ke Bawah

*PERAWAT LELAKI & WANITA DI SEDIAKAN

 

Latar Belakang Aydeen Bekam

Aydeen Bekam di tubuhkan pada tahun 2014, 4 tahun pertama Aydeen Bekam fokus kepada rawatan rumah ke rumah(mobile). Bermula tahun 2018, Aydeen Bekam telah fokus kepada pusat sendiri 4 tahun pertama, Aydeen Bekam telah bekam melebihi 4,000 orang. Bermacam-macam penyakit yang telah dibekam, samada penyakit biasa mahupun kronik. Untuk ketahui kelebihan berbekam, boleh klik kelebihan bekam

Pengurusan Tisu dan Darah Bekam

Dari segi pengurusan sisa tisu darah bekam, Aydeen Bekam tidak buang sembarangan kerana darah kotor adalah sesuatu yang sensitif, semua tisu darah ini di uruskan oleh syarikat Syarikat Kualiti Alam, CENVIRO untuk di lupuskan dengan cara klinikal, untuk pengetahuan anda, syarikat ini jugalah  yang ambil semua kain-kain darah di hospital kerajaan untuk dilupuskan, senang cerita kaedah ini adalah cara yang tepat untuk melupuskan sisa klinikal.

Jarum Bekam Di Buang Selepas Digunakan

Jarum yang di gunakan pula akan diganti setiap kali bekam, jadi anda tidak perlu risau tentang jangkitan penyakit kerana setiap orang akan menggunakan jarum yang berlainan dan jarum tersebut juga akan hantar ke Syarikat Kualiti Alam bersama tisu bekam untuk dilupuskan.

Kualiti Dan Jaminan Daripada KKM

Aydeen Bekam telah mendapat lesen premis dari MBJB. Antara syarat ketat yang perlu di patuhi adalah “tidak boleh menggunakan segala produk kesihatan sembarangan” dan setiap produk WAJIB berdaftar dengan KKM. Wakil KKM akan sentiasa membuat lawatan ke kedai untuk memastikan kami sentiasa patuh kepada undang-undang. Antara produk yang digunakan kami adalah minyak urut dan losyen untuk bekam di kepala

Jadi di sini, anda tidak perlu risau tentang segala produk, jarum dan cara pelupusan darah bekam kerana semuanya di pantau oleh wakil KKM

Kebaikan Berbekam

Walaupun rawatan bekam sudah dikenali ramai, hakikatnya masih ramai yang belum mengetahui kebaikan berbekam, kebanyakkan dari kita hanya tahu bekam akan keluarkan darah kotor tetapi kita tidak tahu kaitan darah kotor dan penyakit dalam badan kita

Sakit badan, Jerawat & Pening Kepala

Setelah membekam lebih 4000 pelanggan, saya lebih suka fokuskan kepada 3 penyakit ini kerana 90% pelanggan saya datang berbekam kerana 3 masalah ini. Masalah sakit badan, jerawat dan pening kepala. Jika anda mempunyai salah satu ataupun semua masalah diatas, anda tergolong dalam 90% pelanggan saya.

Ini kelebihan bekam yang lain

  1. Bekam adalah sunnah rasulllah saw, tiada satu perkara yang di lakukan oleh rasulullah tanpa sebab dan sia-sia
  2. Bekan akan membuang darah kotor dalam badan kita, samada darah kotor yang berkumpul ataupun darah kotor daripada penyakit kita
  3. Mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan bacaan kolestrol
  4. Menghilangkan sakit di bahagian tengkuk, bahu dan pinggang
  5. Menghilangkan jerawat di wajah kita, samada jerawat pasir mahupun jerawat batu yang besar-besar
  6. Menghilangkan rasa malas sebab rasa malas datangnya daripada badan yang lemah dan lesu
  7. Menyembuhkan alergik, samada di badan, tangan dan bahagian lain

Sijil Bekam Bertauliah

Ini adalah sijil bekam kali ke 2, sebelum ini Aydeen Bekam belajar bekam di HPA pada tahun 2013, Kali ini Aydeen Bekam datang semula untuk refresh ilmu bekam pada tahun 2016, sebab tu Aydeen Bekam mula tahun 2014, tarikh siji bekam tahun 2016.

Tempat Rawatan di Aydeen Bekam, Bersih dan Selesa..

Gambar tempat rawatan.. selesa kan

   

Ini SOP Cara Membersihkan Alat Bekam

Perkara paling orang takut adalah jangkitan kuman disebabkan proses membersihkan alat bekam tidak terjamin, oleh itu Aydeen Bekam berikan SOP cara bersihkan alat bekam supaya anda tidak ragu-ragu tentang kebersihan rawatan di Aydeen Bekam

  1. Selepas bekam, semua cawan bekam akan DIRENDAM dalam air sabun minimum 8 jam untuk pastikan semua darah bekam tertanggal daripada cawan
  2. Selepas 8 jam, semua cawan ini akan DIPERIKSA semula untuk kali ke-2 untuk pastikan tiada darah pada cawan yang tertinggal, jika ada, cawan itu akan di rendam semula sehingga tiada darah pada cawan
  3. Kesemua cawan yang sudah bersih akan DIREBUS dengan air panas mendidih untuk membunuh semua kuman-kuman yang tidak kelihatan
  4. Kemudian, semua cawan itu DISUSUN di dalam bekas dan di biarkan sehingga kering sebelum digunakan untuk berbekam
  5. Ada 2 kaedah strelizer yang dibenarkan oleh KKM, yang pertama adalah menggunakan mesin UV sterilizer dan kaedah ke-dua adalah dengan cara rebus dan rendam semua alat bekam kedalam air panas mendidih

Review dan Testimoni Daripada Pelanggan Aydeen Bekam

   

Ini adalah sebahagian daripada feedback pelanggan terhadap Aydeen Bekam, beratus feedback yang baik telah mereka berikan, untuk lihat lebih banyak boleh klik disini

Gambar-Gambar Pelanggan dan Tetamu

 

Lihatlah wajah-wajah happy mereka lepas bekam, sebahagian besar daripada mereka telah ulang banyak kali di Aydeen Bekam

Ini Adalah Senarai Pakej di Aydeen Bekam

 

Dapatkan 3 cop untuk FREE 1 kali rawatan. anda boleh berkongsi kad ini dengan isteri, kawan dan ahli keluarga. datang  4 orang terus pun boleh

 

Waktu Operasi

10 pagi – 10 malam (Isnin – Ahad)

Alamat Kedai

No 26-01, Jalan Adda 3/3

Taman Adda Height

81100 Johor Bahru

Johor

Hubungi Kami (Telefon & Whatapps)

Tel: 011 5693 2355 (klik terus disini untuk whatapp Aydeen Bekam)

Media sosial

Leave a Reply

Your email address will not be published.