Banyak faktor yang menyebabkan kulit wajah menjadi kusam. Antaranya disebabkan oleh pencemaran udara dan air, keletihan atau tekanan hidup. Ini menjadikan seseorang akan hilang keyakinan diri, termasuk juga potensi di pandang negatif oleh insan sekeliling. Rawatan bekam wajah dapat mengatasi masalah kuit seper ini. Ianya semakin dikenali dan menjadi pilihan masyarakat masa kini kerana keberkesanannya yang terbukti memuaskan hati pengguna.
Rawatan bekam wajah telah banyak membantu mereka yang menghadapi masalah kulit, seperti jerawat, redung dan kulit kusam. Secara tak langsung rawatan ini menaikkan seri wajah kerana menghasilkan kulit yang bersih dan berseri, unsur-unsur gaguan juga turut keluar dari tubuh melalui pengeluaran darah kotor. Bakal pengantin digalakkan mendapat rawatan bekam wajah agar kulit bersih berseri.
Tabiat makan berlebihan, pilihan makanan yang tidak sihat seperti makanan berminyak, makanan ringan, makanan yang dicampurkan bahan pengawet menyebabkan risiko pengumpulan toksin yang mengakibatkan kulit berminyak, berjerawat dan resdung.
Pelanggan digalakkan menjalani rawatan bekam pada hari cuti hujung minggu atau cuti panjang. Ini disebabkan kesan bekam di bahagian muka mengambil masa untuk pulih. Kesannya berbeza-beza bagi setiap individu. Ianya mengikut faktor usia dan juga tahap kesihatan individu. Biasanya mengambil masa 2 hingga 5 hari. Namun ada juga yang mencapai sehingga tujuh hari atau lebih. Pelanggan akan diberi khidmat rundingan dan nasihat agar tidak mengambil makan yang mengandungi minyak, santan, makanan laut, ayam, daging serta minuman berkafein untuk mendapat hasil rawatan yang optimum dan lebih berkesan.
Rawatan bekam wajah ini menggunakan kaedah bekam darah. Bahagian muka yang bermasalah akan dibekam dengan menggunakan alatan bekam yang mempunyai pelbagai saiz mengikut kesesuaian muka pelanggan. Proses rawatan bekam hanya mengambil masa antara 30 mnit sehingga satu jam
Selamat Mencuba.
Rawatan Bekam adalah Sunnah
Dalam Sunnah ada Kebaikan.